Sabtu, 21 November 2009

suka duka ria(1)

“Ophie,turun breakfast”Mohd Iman Fazrol mengetuk pintu sambil memanggil adik bongsunya.apasal la lambat sangat budak ni.Jam dah pukul 7.05 bayang Ophie masih lagi tak muncul-muncul.Nanti tak pasal-pasal lambat budak ni sampai sekolah.

“Ha??!!Kejap nak siap dah ni,abang turun dulu.Nanti Ophie turun”Terkejut aku abang Ayol ni.Ketukla pelan-pelan pintu tu.Ingat aku ni pekak ke ape,ngomel Ophie.Pantas dia mengambil bingkai gambar papanya lalu dicium.”Ophie pergi sekolah dulu ye papa”Ophie berbisik didalam hatinya,bibirnya mengukir senyum.Pantas kakinya mengatur langkah menuju ke ruang makan.

“Assalamualaikum,abang”Ophie menyapa mesra.Ophie menarik sengih lebar.Menarik kerusi lalu duduk disebelah abangnya .Tangannya laju mencapai roti dan kaya.

“Walaikumusalam, apasal Ophie lambat?Tahu tak dah pukul berapa sekarang,ha?”Adush!!abang Ayol dah marah la.Ni tak best ni,pagi-pagi dah kena membebel.Alah tapi peduli ape aku dengan marah abang Ayol.Sikit pun tak gentarla.

“Ala,relaks la abang,baru pukul 7.10 sekolah tu tak lari punye la”laju mulut becok ophie menjawab.Tapi becoknya akan bergerak laju apabila dia hanya bersama dengan abang Ayol dan kawan baiknya,Sharifah Yasmin.Kalau tak,jangan mimpi la nak dengar dia berceloteh.Matanya meliar melihat sekeliling ruang makan itu,sunyi!!Itu gambaran yang paling tepat.Mama pasti sudah menghantar kembarnya,Nurul Iman Aleeya.Dia mengeluh perlahan.Situasi seperti ini sudah sebati dengan dirinya.Setiap pagi orang yang mahu menemani dirinya bersarapan,hanya abang kesayangannya sahaja.Mama??Aleeya??Entahla,dia sendiri tak pasti.

“Ni kenapa tiba-tiba mengeluh pulak?”abang Ayol menegur.Dia perasan dengan perubahan sikap adiknya.mula-mula senyum,then muram selepas melihat keadaan ruang makan yang sunyi.Dia faham akan perasaan adiknya.Dia sendiri tak pasti bila situasi ini akan berubah.Hanya masa akan menentukannya.

“Tak de ape-ape lah,abang.Makan lah cepat nanti lambat abang nak pergi kerja”Ophie tarik senyum tawar.Ayol membalas senyuman Ophie dengan renungan dalam.Hatinya sakit memikirkan perasaan Ophie.Jika dia ditempat Ophie mingkin dia tak sekuat Ophie untuk hadapi dugaan ini,apatah lagi dalam usia yang masih muda,17 tahun.Mama kenapa mama buat ophie macam ni?Mama tak kesian ke kat Ophie?besar sangat ke kasalahan Ophie,sampai mama menghukumnya begini?Sayu hatinya melihat wajah muram Ophie.

“Ophie,abang faham perasaan Ophie.Ophie sabar ye,sayang”Ophie mengangkat mukanya memandang Ayol.Senyum diukir selebar mungkin.”Abang jangan risau ophie okey”tenang dia menutur kata,tapi hatinya tak setenang itu.Hatinya berkocak hebat.Mahu saja dia menjerit sekuat mungkin agar masalah yang ditanggung itu pergi.Mungkin jika tiada kata semangat dari abang Ayol dan Min,dia takkan bertahan hingga kini.Maybe dia akan mengambil jalan yang akan mencampakkan dirinya ke lembah neraka iaitu,bunuh diri.Dia bersyukur kerana memiliki abang Ayol dan Min.Perlahan dia bangun mengatur langkah mahu memakai kasut sekolahnya.

“Abang,cepatlah.Tadi beria-ria sangat abang suruh Ophie cepat.Sekarang,abang pulak lambat”bagaikan bertih jagung mulutcomelnya menutur kata.Ayol tersentak dengan jeritan kecil adiknya.Lantas dia bangun menuju ke muka pintu menyarung kasut.Briefcase ditepi pintu dicapai.

Sorry,abang ingatkan Ophie tak ready lagi nak pergi sekolah”
“Abang tu barangan kat meja tu mana nak sedar Ophie ready ke tak ready.Abang ingat kat kak Nia ea?”ophie mengusik.Ketawa mula meletus dari mulutnya


“Ish,Ophie ni kesitu pulak dia.Tak de maknanya.Dah,jom gerak”Ayol tersenyum kecil.Mukanya mula panas menahan malu.Nia!!dah seminggu aku tak jumpanya.Dia buat apa lah sekarang ni agaknya.Rindunya pada kekasih hatinya sudah tak tertahan lagi.Ingin saja dia terbang ke Sarawak berjumpa dengan Nia yang menjalani kursus.Ah,sudah kau Ayol.Angau,angau!!!haisyh tak boleh jadi ni.Dia ketawa kecil.

Apa hal pulak dengan abang aku ni,gelak sorang-sorang.Buang tabiat ke ape.Gila ke?Cabul mulut kau Ophie,gila betul-betul baru kau tahu.Ngee..simpang malaikat 44.Wargg!!! tak sanggup aku nak hadapi masalah baru pulak.Dah la masalah yang sedia ada pun dah tak terkawal,ni masalah baru pulak.

“Abang!!!”Ayol tersentak lagi.Kakinya pantas mengatur langkah menuju ke kereta .”Eee…abang ni,pantang orang sebut sikit pasal kak Nia terus naik angau”Buk!!ambik kau Ayol kena sekali.Tu la time-time ni la kau nak angau..Ei,parah-parah.Ayol tayang sengih.Ophie mencebik,kaki mengatur langkah masuk ke kereta.Begitu juga dengan Ayol.Kereta meluncur laju menuju ke destinasi utama iaitu sekolah Ophie dan Aleeya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan